Sejarah

Kampung Hj ismail terletak di barat daya Bandar bintulu yang jauh nya kira-kira 50 km. Ia sebuah kampung di tebingan Kuala sungai Tatau,Kuala Tatau.Untuk sampai ke kampung ini kita boleh gunakan bot laju dari Bandar bintulu yang memakan masa kira-kira 45 minit atay kalau ikut jalan persisir dari kpg jepak kita boleh sampai dalam masa kira-kira 45 minit juga.

Pada awalnya penubuhan jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK) dalam tahun 1996 penduduk kampung telah bersetuju menukarkan nama kampung yang pada mula nya Kampung Hulu kepada kampung Hj Ismail. Penukaran nama tersebut sebagai mengingati jasa seorang tokoh yang mula membuka perkampungan nelayan Kuala Tatau iaitu Tn Hj Ismail.

Beliau berasal dari Negara Brunei, Beliau telah berlayar kekawasan Bintulu dan Mukah bertugas sebagai pemunggut hasil di bawah pemerintahan Sultan Brunei. Setelah bersara beliau menetap di Kampung Jepak Bintulu. Kemudian beliau membuka perkampungan Kuala Tatau. Beliau berjaya menarik peneroka dari Bintulu, Mukah, Igan dan kawasan yang berhampiran untuk bermukim di Kuala Tatau, Sebagai seorang pemimpin beliau telah membawa kemakmuran di situ.

Darah kepimpinan beliau terus mengalir kepada anaknya iaitu Haji Ikram bin Haji Ismail yang telah di lantik menjadi ketua kampung pertama semenjak penjajahan british hinggalah ke era kemerdekaan Sarawak dalam Malaysia pada tahun 1963.

Cicitnya Haji Mudin bin Swel pula di pilih menjadi ketua kampung yang pertama bagi Kampung Hj Ismail .setelah KK Haji Mudin bin Swel meninggal dunia pada bulan oktober 2012 .Penduduk kampung telah memilih Pn Haliza Haji Mudin untuk menjadi Ketua Kampung Hj Ismail. Beliau dengan rasminya menjadi ketua kampung pada 1 Julai 2013 dalam tempoh 4 tahun.


Manakala seorang cicit nya pula YB Datuk Hj Talip bin Zulpilip telah di pilih sebagai ADUN N 58 Jepak yang juga merangkap Pengerusi Sarawak Economic Development Cooperation.YB Datuk Haji Talib banyak menyumbang idea menjadikan Kuala Tatau